Thursday 9 January 2014

detik manis pahang lawan kelantan



 Detik manis, itulah yang dirasai oleh seluruh peminat bola sepak negeri Pahang, apabila pasukan kebanggaan mereka telah menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia setelah menewaskan penyandang juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam pada Isnin Mengenai perlawanan ini, skuad Tok Gajah'' beraksi cemerlang terutamanya Matias Ruben Conti yang menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas menyambut baik hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil. Biarpun ketinggalan, Kelantan gagal memanfaatkan peluang apabila sepakan percuma yang dilakukan oleh kapten pasukanya Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-76 tersasar dari gawang gol Penyerang pasukan Pahang, Azamuddin Mohd Akil dinobatkan sebagai pemain terbaik final Piala Malaysia 2013 Kemenangan ini juga merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992

_Nur Farhana Ayuna Noor Helmy Jaasiman (1079)_
 

No comments:

Post a Comment