BENDERA PAHANG
Hitam adalah warna kebesaran bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika
dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.
Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang
adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini
juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan,
undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang
tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.
NUR FARHANA AYUNA NOOR HELMY JAASIMAN ( 19DPM13F1079 )
JATA SULTAN PAHANG
Mata cogan berbentuk
daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan
taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862
emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal
yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang
dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat
dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang
besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya
pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan
azimat yang berguna.
NUR FARHANA AYUNA NOOR HELMY JAASIMAN ( 19DPM13F1079 )